Selasa, 28 Februari 2017

Media Arab Saudi crop gambar Rosmah Mansor.



Media Arab Saudi crop gambar Rosmah Mansor.

Ramai yang terkejut termasuklah saya.  Apa tidaknya, seantero Malaysia sedia maklum isteri Petdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor turut bergambar bersama Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud ketika Baginda melawat Malaysia.

Gambar asal sebagaimana yang disebarkan di media-media di Malaysia, memaparkan Datin Seri Rosmah Mansor berada di kedudukan paling kanan, dan diikuti oleh Dato' Seri Najib, Raja Salman, Sultan Muhammad ke V, dan Dato' Seri Zahid Hamidi.

Tapi malangnya, gambar yang sama telah diedit oleh media Arab Saudi, iaitu Riyadh Vission. Didapati gambar Datin Seri Rosmah Mansor telah dipotong atau crop. Sungguh menjadi tanya tanya mengapakah Media Arab Saudi begitu biadap dan kejam. Atau sememangnya itu adalah dasar dan kehendak Raja Salman selaku "Penjaga Dua Kota Suci"


Isnin, 27 Februari 2017

Punca Korea Utara ingin bunuh Kim Jong-Nam



SEHINGGA ke hari ini, misteri kematian Kim Jong-nam, anak lelaki sulung bekas pemimpin utama Korea Utara, mendiang Kim Jong-il, masih diselubungi misteri.

Selepas kematiannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), 13 Februari lalu, polis mengenal pasti dan memburu empat suspek lelaki warga Korea Utara yang disyaki dalang kepada pembunuhan abang tiri pemimpin utama negara berkenaan, Kim Jong-un.

Korea Selatan yang sekian lama bermusuhan dengan negara itu, menyelar pembunuhan tersebut dengan mengatakan ia satu bentuk tindakan keganasan daripada Kerajaan Korea Utara.


Persoalan di sini, mengapa Pyongyang sanggup membunuh ahli keluarga dinasti pemerintah mereka?

Penganalisis mahupun pakar sukar untuk mengenal pasti punca sebenar, namun perbezaan dengan sekutu dan negara jiran, China serta persaingan antara adik-beradik dalam merebut takhta antara punca yang berkait rapat.

Hubungan dengan China?

Pada 2001, Jong-nam ditangkap selepas cuba memasuki Jepun dengan menggunakan pasport palsu untuk berhibur di Disneyland Tokyo.

Perbuatannya itu menjatuhkan maruah Korea Utara lantas harapannya untuk menjadi orang nombor satu negaranya, menggantikan Jong-il, musnah.

Bermula 2003, Jong-nam menetap di Macau dan diberi perlindungan oleh China.

Sejak itu, Jong-nam kerap berkunjung ke China dan mengukuhkan kedudukan bersama Beijing terutama menerusi bapa saudaranya, Jang Song-thaek, iaitu individu nombor dua berkuasa di Korea Utara selepas Jong-il.

“Song-thaek merupakan lelaki China di Pyongyang. Dia adalah sumber Jong-nam dan disebabkan itu, China memberi perlindungan kepadanya,” kata Pengarah Program East Asia Non-Proliferation, Dr Jeffrey Lewis kepada CNN.

Pada 2013, di bawah pimpinan Jong-un, Korea Utara melakukan ‘pembersihan’ dalam kalangan pemimpin mereka dan Song-thaek antara individu yang menjadi mangsa.

Dilaporkan bahawa Song-thaek dijatuhkan hukuman bunuh selepas didakwa sebagai pengkhianat Korea Utara.

Kematian Song-thaek merupakan kehilangan yang besar buat Jong-nam.

Kerap mengkritik Korea Utara secara terbuka

Ketika melanjutkan pengajian di Switzerland, Jong-nam kerap bercanggah pendapat dengan bapanya terutamanya berkaitan dengan soal negara.

Itu adalah permulaan di mana hubungan dua beranak itu dingin. Jong-il merasakan bahawa anaknya itu sudah dipengaruhi pemikiran Barat.

Kemuncak hubungan mereka terhapus selepas cubaan Jong-nam memasuki Jepun yang dilihat sebagai satu penghinaan.

Rentetan itu, paling ketara, Jong-nam lantang memberikan kenyataan terhadap Korea Utara menerusi media Jepun, Asahi TV.

Jong-nam menyatakan tidak bersetuju dengan sistem peralihan kuasa di Korea Utara dengan mewariskan kepada generasi seterusnya.

Tetapi, beliau tidak menentang atau tertarik untuk menyertai arena politik di dalam negaranya.

“Saya tidak tertarik untuk ikut menjadi pewaris kerajaan (Korea Utara). Maaf, kerana saya tidak tertarik dengan politik. Tetapi, apa pun keputusan ayah, saya pasti akan saya sokong,” kata Jong-nam.

Perebutan kuasa antara Jong-nam, Jong-un?

Melalui buku tulisan Yoji Gomi, My Father, Kim Jong-il, and Me, Jong-nam juga menggunakan medium itu untuk menghentam Korea Utara.

Melalui buku itu, Jong-nam menegaskan bahawa Korea Utara tidak akan maju jika tidak melakukan pembaharuan ekonomi.

Paling memberi kesan terhadap pimpinan Jong-un, Jong-nam menjelaskan bahawa adik tirinya itu tidak akan berjaya sebagai seorang pemimpin.

Gomi juga mendedahkan, bahawa dua beradik itu tidak pernah bersemuka.

Biarpun Jong-nam menegaskan dirinya tidak berminat untuk memimpin negara kelahirannya, namun Jong-un tetap merasakan kedudukan bakal tergugat.

Pada 2012, Jong-nam dilaporkan cuba dibunuh oleh perisik Korea Utara namun gagal.

Ahli Jawatankuasa Perisikan Parlimen Korea Selatan, Kim Byung-kee mendedahkan, Jong-nam pernah menghantar surat kepada Jong-un supaya mereka sekeluarga tidak dibunuh.

Surat itu berbunyi; ‘Tolong jangan ganggu saya dan keluarga. Kami tidak mempunyai tempat untuk dituju. Kami tahu satu-satunya jalan untuk melepaskan diri ialah dengan membunuh diri’.

Surat itu dihantar pada April 2012 selepas cubaan membunuhnya pada tahun yang sama.

Sumber: Sinar Harian.




Rabu, 22 Februari 2017

Alhamdulillah, Sukarelawan Food Flotilla selamat pulang ke tanah air




Misi kemanusiaan Food Flotilla For Myanmar berakhir selepas 20 hari dengan ketibaan kapal Nautical Alya yang selamat berlabuh di dermaga Boustead Cruise Centre di sini, 9.55 pagi tadi.

Kepulangan semua 184 sukarelawan itu disambut oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Hadir sama, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam; Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Mah Siew Keong dan Ketua Misi itu, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Selain ahli keluarga, kepulangan mereka turut diiringi paluan kompang dengan tangisan kegembiraan dan rasa syukur sukarelawan.

Ia sekali gus melengkapkan pelayaran misi Food Flotilla For Myanmar yang menghantar 2,300 tan makanan dan ubat-ubatan ke wilayah Rakhine, Myanmar dan Teknaf, Bangladesh sejak 3 Februari lalu.

Semua kru dan penumpang Nautical Aliya dalam keadaan sihat dan selamat.

Kapal kemanusiaan diterajui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia, iaitu Kelab Putera 1 Malaysia (KP1M) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) itu disokong lebih 30 NGO ASEAN dan antarabangsa.

Sumber: Harian Metro

Maklumat Tambahan.

Kita berharap agar, misi bantuan kemanusiaan ke Rohingya tidak terhenti di situ. Dan, kita berharap agar dunia memberikan tekanan kepada Myanmar kerana jenayah penghapusan etnik yang mereka lakukan.

Isnin, 20 Februari 2017

Himpunan 335 bukti PAS masih kuat dan berpengaruh, kata penganalisis politik.

Himpunan RUU



Himpunan 355 (H355) yang bertujuan meraih sokongan terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 telah bermula.

Himpunan di Padang Merbok di sini itu, mula dibanjiri peserta sejak jam11 pagi lagi.

Kehadiran ribuan peserta Himpunan RUU 355 membanjiri Padang Merbok dan ratusan peserta di himpunan balas anjuran NGO semalam menunjukkan kekuatan dan kemampuan PAS, kata dua orang penganalisis politik.

Himpunan RUU 355 dianjurkan PAS untuk mendapat sokongan rakyat terhadap rang undang-undang persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 yang dibawakan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk memperkasakan Mahkamah Syariah.



Lautan manusia membanjiri HRUU



RUU itu dibantah ramai yang mendakwa ia adalah jalan belakang untuk PAS melaksanakan hudud pada akhirnya. Bantahan itu diulangi Bebas di himpunan balas yang diadakan serentak dengan Himpunan RUU 355, petang semalam.

Penganalisis politik dari Universiti Malaya, Dr Awang Azman Pawi percaya Himpunan RUU 355 mencerminkan aspirasi rakyat dan bukti kekuatan PAS.

“Kehadiran itu menunjukkan sokongan akar umbi terhadap pindaan yang dicadangkan itu, terutamanya penyokong PAS yang terdiri daripada orang Melayu Islam yang ramai jumlahnya,” katanya.

Beliau berkata, ia juga jelas yang NGO Islam menunjukkan diri mereka sebenar pada himpunan itu.

“Terdapat sokongan daripada NGO Islam yang, selama ini, memilih mendiamkan diri tetapi kini mengambil keputusan menunjukkan sokongan terbuka terhadap pindaan itu.”

Awang Azman turut mengulas kehadiran Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat (DHPP) dan beberapa kumpulan bukan Islam di perhimpunan itu.

“Ini adalah penting kerana ia menunjukkan di sebalik idea yang mengatakan orang bukan Islam tidak menyokong pindaan dicadangkan itu, ada juga orang bukan Islam yang menyokong pindaan itu dan yakin ia tidak akan mengancam penganut agama lain.”

Beliau mendakwa kehadiran ramai penyokong yang PAS berjaya kumpulkan untuk himpunannya mempunyai beberapa implikasi.

“Pertama, PAS boleh menggunakan dengan baik pindaan dicadangkan itu sebagai agenda politik utamanya untuk menarik penyokong akar umbi.

“Kedua, parti seperti DAP dan Gerakan perlu memikirkan semula bantahan mereka terhadap RUU itu kerana ia boleh menyebabkan umat Islam konservatif berfikir mereka terlalu degil untuk menerima pindaan itu dan tidak akan menerima pakai hudud.

“PAS juga tidak patut dianggap sebagai parti lemah kerana melalui perhimpunan ini, ia membuktikan sebaliknya.”

Profesor Madya Dr Faisal S Hazis dari Universiti Kebangsaan Malaysia mengaitkan kehadiran besar untuk himpunan di Padang Merbok menunjukkan kemampuan PAS.

“Ia tidak semestinya menggambarkan sokongan untuk pindaan dicadangkan itu. Saya rasa ia (jumlah kehadiran besar) sebahagian besar disebabkan PAS adalah penganjur perhimpunan itu.

“PAS mempunyai jentera dan sokongan ahlinya, manakala Bebas hanya sebuah NGO, jadi saya yakin PAS mempunyai kapasiti lebih baik untuk menganjurkan perhimpunan besar berbanding Bebas,” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas kehadiran ratusan peserta dalam himpunan balas anjuran NGO dikenali sebagai Bebas yang turut dihadiri ahli baru DAP, Datuk Zaid Ibrahim.

“Saya fikir ia langkah strategik kerana pengundi – khasnya orang Melayu luar bandar – masih mempunyai persepsi negatif terhadap DAP dan jika mereka menunjukkan kebencian terhadap RUU 355 secara terbuka, ia akan terus mengekalkan tanggapan itu.

“Mereka membuat pendirian jelas dan menentang cadangan pindaan itu supaya mereka tidak perlu hadir di perhimpunan tersebut. Begitu juga dengan Barisan Nasional (BN) Sarawak dan MCA yang menyatakan akan mengundi menentang RUU Hadi.

“Akhirnya, mereka juga mahu mengelak daripada dilabelkan sebagai anti-Islam atau anti-Melayu.”

Hanya Zaid dan Timbalan Ketua Pemuda Gerakan, Andy Yong berucap pada himpunan balas di Petaling Jaya itu, semalam.

Ribuan peserta menghadiri Himpunan RUU 355 di Padang Merbok bagi menunjukkan sokongan terhadap RUU Hadi itu, manakala kurang 200 orang menyertai “Himpunan Rakyat Tolak Usul Hadi” di Taman Jaya, semalam.

Kedua-dua perhimpunan diadakan pada masa sama, tetapi himpunan di Petaling Jaya tamat pada jam 6 petang.

Ulasan Saya.

Tanpa merujuk kepada Himpunan 355 sekalipun, kita mampu menganalisis dan melihat kekuatan dan pengaruh PAS.

Petunjuk paling tepat mengenai pengaruh dan kekuatan PAS ialah keputusan dua pilihanraya kecil(PRK) di Kuala Kangsar dan Sungai Besar pada tahun lepas. Ia jelas membuktikan kekuatan sejati PAS menyumbang kepada 50% kepada kekuatan pakatan pembangkang selama ini. Dalam kedua-dua PRK tersebut, walaupun PAS terpaksa berhadapan dengan komponen Barisan Nasional (BN) dan komponen Pakatan Harapan(PH) namun PAS tetap utuh dan teguh walaupun tersungkur. Bayangkan dalam PRK tersebut, PAS tidak hanya berhadapan dengan AMANAH tetapi PAS turut ditentang oleh penyokong PKR, DAP, UMNO, MCA, MIC dan pengikut setia Tun Mahathir. Namun PAS tetap menyerlah.

Sebenarnya kita juga boleh meramalkan keputusan Pilihanraya Umum ke 14 nanti andainya berlaku pertandingan 3 penjuru. Percayalah pasti sahaja pembangkang akan tersungkur dan BN akan menang besar. Ini kerana 50% undi untuk Parti pembangkang akan berpihak kepada PAS.

Secara pribadi saya beranggapan Parti Amanah Negara tidak mempunyai kekuatan untuk menggantikan kedudukan dan pengaruh PAS, sebagaimana Parti Peribumi Bersatu Malaysia tidak mempunyai kekuatan untuk menjejaskan UMNO.

Sabtu, 18 Februari 2017

Rupa-rupanya Sharnaaz Ahmad dah ada ilmu Kasyaf.





Rupa-rupanya Sharnaaz Ahmad  ada ilmu Kasyaf.

Siapa Sharnaaz Ahmad.

Ramai yang mengenali Sharnaaz Ahmad sebagai pelakon yang hodoh akhlak persis samseng jalanan.

Benar, Sharnaaz Ahmad hanya popular dengan sikap panas baran dan samsengnya sahaja, kalau nak diharapkan mutu lakonannya, Kalau nak diharapkan mutu lakonannya, rasanya lebih baik tengok wonderpets.






Terbaharu, samseng ini menyelar Fattah Amin dengan bahasa yang kesat di Twitter. 

Ramai yang tertanya-tanya mengapa Sharnaaz sebegitu gila hingga sanggup mencarut dan memaki hamum Fattah Amin. Rupa-rupanya dia lakukan semua itu berdasarkan ilmu Kasyaf yang dia miliki.

Gelak jangan tak gelak sebab saya pun tergelak-gelak apabila terbaca yang di akhbar Berita Harian bertarikh 19. Februari.2017, muka surat 84. Saya paparkan kata-kata Sharnaaz Ahmad untuk tatapan semua.

"Memang kami pernah berjumpa (Fattah Amin) sebelum ini, tetapi saya dapat berasakan ada aura negatif dalam dirinya yang membuat saya kurang selesa dengannya"

Wah, rupa-rupanya pelakon yang berlagak samseng dan bermulut hodoh( cakap kasar dan kesat) ini memiliki ilmu Kasyaf. Mungkin Sharnaaz Ahmad adalah antara insan terpilih yang dipilih oleh Allah untuk menjadi Wali-Nya. 

Wahai Sharnaaz Ahmad, hebat sungguh kamu hingga dapat merasakan perkara yang jauh tersembunyi di lubuk hati Fattah Amin. Jikalaulah benar, aku menyokong tindakan kamu menghina dan memaki Fattah Amin.


Isu perkauman di sebalik peristiwa lapan remaja berbasikal maut dirempuh kereta


Isu perkauman di sebalik peristiwa lapan remaja berbasikal maut dirempuh kereta

Hangat di media sosial hari ini peristiwa sekumpulan remaja berbasikal dirempuh oleh sebuah kereta di Johor Bahru.


Insiden yang dilaporkan berlaku pada pukul 3 pagi itu telah mengorbankan lapan nyawa yang berusia dalam lingkungan 13 hingga 17 tahun.


Insiden ini berlaku kerana kecuaian ibu bapa. Agak aneh bagaimana anak-anak yang masih mentah dan sepatutnya berada di rumah tetapi berkeliaran hingga pukul 3 pagi. Adakah ibu bapa tidak tahu atau sengaja tidak ingin ambil tahu.

Namun, setelah meneliti komentar di media sosial terutamanya Facebook, ternyata tidak kurang juga yang menyalahkan pemandu kereta Nissan Almeera tersebut.

Ada yang mendakwa pemandu wanita tersebut memandu dalam keadaan mabuk, namun pihak polis telah pun mengesahkan beliau memandu dalam keadaan bebas dari pengaruh alkohol.

Tidak kurang juga yang mendakwa beliau memandu sambil menggunakan handphone.

Paling kurang ajar terdapat komen yang berbaur perkauman. Pemilik akaun Facebook yang bernama Intan Sham cuba menyalakan api perkauman.

Katanya, orang Cina memang selalu memandu dalam keadaan berbahaya.

Harap pihak berkuasa ambil tindakan undang-undang terhadap Intan Sham yang cuba memecahbelahkan masyarakat dan menghuru-harakan negara.





Rabu, 15 Februari 2017

Valet Doa dan kejinya golongan Penunggang Agama

VALET DOA

Valet Doa dan kejinya golongan Penunggang Agama.

Penunggang Agama adalah golongan yang mempergunakan agama untuk kepentingan pribadi, termasuklah untuk mengaut keuntungan.


Pakej yang ditawarkan oleh
Valet Doa

Golongan Penunggang Agama akan jadikan agama sebagai pelaris dan pemikat untuk memancing pembeli. Makanan Sunnah, Air dibacakan ayat-ayat suci Al-Quran adalah antara produk ciptaan Penunggang Agama yang kini membanjiri pasaran negara.

Namun, dalam ramai-ramai Penunggang Agama, Hasrin Harin bolehlah dianggap sebagai Penunggang Agama yang paling cemerlang, gemilang dan terbilang. Dia adalah pengasas Valet Doa yang menyediakan pakej jual beli doa.

Gila memang gila sebab dia mendakwa Allah SWT telah  melantik dia menjadi wakil mengumpul dan menyampaikan doa orang ramai.

Lagi gila, dia memberi jaminan doa tersebut akan sampai kepada Allah SWT dan akan dimakbulkan dengan kadar segera.

Paling gila, ada juga manusia yang terpengaruh dengan Valet Doa yang gila ini.


Selasa, 14 Februari 2017

Ada apa dengan Sharnaaz Ahmad dan Fattah Amin.

Sharnaaz Ahmad.


Siapa Sharnaaz Ahmad.

Saya sebenarnya bukanlah peminat drama dan filem melayu. Jarang sekali saya berkesempatan menonton drama atau filem Melayu. Sebaliknya pula, saya adalah antara peminat filem Tamil, dan antara pelakon Tamil yang saya minati ialah Vikram, Arjun, Ajith, Vijay, Amy Jackson, dan paling saya minati ialah Superstar Rajnikanth.

Sharnaaz Ahmad?

Siapa Sharnaaz Ahmad. Saya hanya mengetahui kewujudan pelakon ini setelah menonton drama Suamiku Encik Sotong secara tak sengaja. Jujur, lakonannya amat membosankan.


Sharnaaz Ahmad menghentam Fattah Amin.
Betapa bodohnya akhlak Sharnaaz Ahmad.


Tiba-tiba nama Sharnaaz Ahmad menjadi tular di media sosial gara-gara kutukan dan caciannya ke atas Fattah Amin.

Melihat kepada bahasa yang digunakannya itu ternyata Sharnaaz Ahmad adalah manusia yang hodoh dan bodoh. Hodoh yang saya maksudkan ialah mulutnya hingga jelas terbukti kebodohannya itu.

Lagi satu, tulisan atau bahasa yang digunakannya membuktikan dia adalah seorang manusia yang kurang didikan agama, malah mungkin ketandusan kasih sayang serta pengemis perhatian masyarakat.

Elok benar jika selepas ini mana-mana pengarah mengarahkan sebuah drama bertajuk Suamiku Encik Babi Hutan, dan biarlah Sharnaaz Ahmad yang menjadi watak babi hutan tersebut. Benar watak babi hutan atau manusia berakhlak babi hutan amat sesuai untuk Sharnaaz Ahmad.

Melalui pemerhatian dan penelitian saya, Sharnaaz Ahmad dikenali hanya kerana mulutnya yang hodoh dan perangainya yang bodoh. Hodoh dan bodoh yang terlampau, malah mungkin dia adalah manusia yang paling hodoh(mulut) dan bodoh di Asia Tenggara. Kalau nak diharapkan mutu lakonannya, rasanya lebih baik tengok wonderpets.

Pesanan Buat Sharnaaz Ahmad

Perbaikilah mutu lakonan kamu. Biarlah kamu dikenang kerana lakonan yang hebat dan bermutu dan bukannya kerana hodoh mulut dan bodoh perangai.

Hukum menyambut Valentine's Day oleh Dr. Zaharuddin Abd Rahman.



Disebabkan hari ini adalah Hari Memperingati kekasih atau Valentine's Day, jadi eloklah kita ambil tahu perihal hukum hakamnya.

Dalam islam ada satu kaedah atau formula khas untuk merungkai kejahilan, iaitu kaedah bertanya. Tapi bukan tanya sebarang tanya, sebab jika salah tempat bertanya atau rujukan, maka kesesatanlah jawabnya.

Untuk isu ini saya kemukakan jawapan serta ulasan daripada Ustaz Dr Zaharuddin Abd Rahman.

Tanpa membuang masa, silalah baca jawapan dan ulasan beliau.

Hukum menyambut Valentine's Day oleh Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman(UZAR)

PPP dibolehkan seorang muslim meninggalkan (tidak bertegur sapa) terhadap saudaranya lebih dari tiga hari" (Muslim)

Kasih sayang dalam Islam diwujudkan dalam bentuk yang nyata seperti silaturahmi, menjenguk yang sakit, meringankan beban tetangga yang sedang ditimpa musibah, mendamaikan orang yang berselisih, mengajak kepada kebenaran (amar ma'ruf) dan mencegah dari perbuatan mungkar



4) Sambutan hari Valentine hari ini menjadi semakin terkeji apabila ia menjurus kepada perlakuan maksiat, mengadaikan ‘dara' kepada kekasih yang bernafsu ‘syaitan' dan dengan perlakaun seks bebas yang kononnya bagi membuktikan 'ketulenan' cinta seseorang kepada kekasihnya..


5) Islam juga melarang umatnya dari terlibat, duduk serta bersekongkol dalam majlis yang mempersendakan Islam dan bercanggah dengannya. Ini dari firman Allah yang bererti :


وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللّهِ يُكَفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلاَ تَقْعُدُواْ مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُواْ فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذًا مِّثْلُهُمْ إِنَّ اللّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا

"Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Qur'an bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahanam" ( An-Nisa : 140 )

Diriwayatkan dari Umar r.a. bahwa dia pernah mendengar Rasulullah s,a.w. bersabda:

"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka janganlah duduk pada suatu hidangan yang padanya diedarkan arak." (Riwayat Ahmad)

Maka majlis arak yang haram itu adalah sama hukumnya dengan majlis Valentine yang mana sumber, asal usul dan cara pelaksanaannya yang terdedah kepada pelbagai jenis maksiat. Tidak harus sama sekali untuk menghadiri majlis sempena Valentine di mana-mana jua.

  "Jadi adakah pergi shopping sempena 'sale' hari Valentine juga salah?

Jawabnya, sekadar membeli belah ia tidak salah, namun TIDAK DIBENARKAN menyertai seseuatu PERHIMPUNAN, SAMBUTAN KHAS kerana Valentine seperti majlis Konsert, Nyanyian dan sepertinya.

6) Hukum memberikan hadiah sempena hari Valentine juga adalah menjadi haram berdasarkan kaedah dari firman Allah : "Janganlah kamu bantu membantu dalam perkara dosa dan permusuhan"

Bagaimanapun hukum menjual bunga sahaja, ia tidak kurang dari kategori jualan yang syubhah, makruh  atau haram khas di hari Valentine.

Diriwayatkan, ada seorang laki-laki yang memberi hadiah satu bekas arak kepada Nabi s.a.w., kemudian Nabi memberitahu bahwa arak telah diharamkan Allah. Orang laki-laki itu bertanya:

Lelaki: Bolehkah saya jual?

Nabi: Zat yang mengharamkan meminumnya, mengharamkannya juga menjualnya.

Lelaki: Bagaimana kalau saya hadiahkan raja kepada orang Yahudi?

Nabi: Sesungguhnya Allah yang telah mengharamkan arak, mengharamkan juga untuk dihadiahkan kepada orang Yahudi.

Lelaki: Habis, apa yang harus saya perbuat?

Nabi: Tuang saja di dalam parit air. (Al-Humaidi dalam musnadnya)

Justeru, kita dapat melihat bahawa benda yang haram, maka haram juga dijualnya mahupun dihadiahkan. Dalam hal menjual bunga, ia juga boleh menjadi syubhah di hari Valentine seperti ini, kerana diketahui ianya dibeli khas untuk mearikan Valentine yang haram. Seperti juga hukum menjual anggur kepada tukang buat arak yang telah diketahui. Ia tidak dibenarkan dalam Islam menurut pendapat yang terkuat.

  7) Para ulama juga menyatakan LARANGAN untuk saling mengirim ucapan Valentine, cinta dan kasih bersempena hari itu. Perlu dianggapkan hari Vlentine itu tidak wujud dan ia adalah sebuah hari biasa sahaja.


 http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/292-hukum-rai-valentine-a-jual-bunga.html



Ust Zaharuddin

26 Muharram 1428 = 14 Feb 200

Isnin, 13 Februari 2017

SAY NO TO VALENTINE'S DAY



SAY NO TO VALENTINE'S DAY

Orang Islam adalah Umat yang istimewa lagi mulia.

Mereka adalah kaum yang Allah beri kepada mereka hidayah petunjuk untuk menerima satu-satunya Agama yang benar di sisiNya.

Berbeza dengan manusia lain yang masih hidup dalam kegelapan, sama ada mereka terdiri daripada kalangan mereka yang mencari-cari cahaya  keterangan, atau mereka terdiri daripada kalangan mereka yang lalai leka bergelumang dalam syirik, kufur dan kemaksiatan.

Masakan setelah diberi nikmat yang cukup besar untuk menerima Agama Islam; apakah masih ada yang mahu meniru dan merayakan sambutan orang-orang sesat lagi sengsara daripada kalangan Nasrani?

Sangat tidak wajar.

"Adakah kamu mahu menukar sesuatu yang kurang baik dengan meninggalkan yang lebih baik?"

Surah Al-Baqarah, ayat 61.

Jangan sekali-sekali. Kelak anda akan menyesal tanpa kesudahan.

Ya Allah:

"Tunjukkan kami Jalan yang Lurus; bukan jalan orang-orang yang dimurkai atau jalan orang-orang yang  sesat."

Surah Al-Fatihah, ayat 7.

Kata ulama tafsir, jalan yang dimurkai ialah jalan orang-orang Yahudi, manakala jalan yang sesat ialah jalan orang-orang Kristian.

Semoga Allah memberi kita taufik tunjuk arah kepada apa yang disukaiNya dan diredaiNya.

Sumber: Ustaz Abu Omar Idris Sulaiman

Info Lanjut.

Islam adalah agama kasih sayang. Namun berkasih sayang mengikut panduan dan aturan Allah. Kasih sayang yang bertunjangkan agama, serta berpaksikan adat budaya.

Valentine selain dari sejarah kewujudannya, acara sambutannya juga terpesong dari agama dan adat budaya masyarakat Melayu.

Ahad, 12 Februari 2017

Kes hina TMJ, Mat Tere dibebaskan daripada tahanan reman.



Kes hina TMJ, Mat Tere dibebaskan daripada tahanan reman.

JOHOR BAHRU 12 Feb. - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hadir ke Ibu pejabat Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini supaya Mat Tere dibebaskan daripada tahanan reman.

Menurut entri terbaharu dalam Facebook JOHOR Souther Tigers, Mat Tere atau nama sebenarnya Muhammad Zul Apis Baharum, 29, akan dihantar semula ke negeri kelahirannya di Kelantan.

Rabu lalu, Mat Tere ditahan oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan bagi membantu siasatan berhubung video kata-kata kesat menghina TMJ yang menjadi tular di facebook kelmarin. - UTUSAN ONLINE

Ulasan Peribadi.
Mat Tere adalah lelaki yang ada masalah mental. Dia tidak boleh dipersalahkan. Cuma, pihak berkuasa perlu menyiasat dalang disebalik semua ini.

Adakah dalang tersebut hanya orang-orang biasa atau 'manusia luar biasa' yang kini sedang bersaing dengan TMJ untuk memimpin FAM.

Empat Wakil Rakyat DAP keluar parti.

Wakil Rakyat dari DAP Melaka
yang bertindak keluar parti.


Sama ada kerana hobi  suka lompat melompat atau kerana lain-lain faktor. Inilah politik. Rakyat harus berhati-hati. Jangan setia membuta tuli dan jangan taat membabi buta. Jika tidak kita yang akan merana. Pemimpin kenyang, tapi penyokong kehausan dan kebuluran.