Jumaat, 24 Mac 2017

Suami Nora, Johan Nawawi meninggal dunia

Kredit gambar: BH Online.



Suami Nora, Johan Nawawi meninggal dunia

KOMPOSER Johan Nawawi yang juga suami kepada penyanyi, Nora Ariffin meninggal dunia selepas dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Subang Jaya awal pagi tadi.

Berita itu disahkan oleh isterinya Nora dalam satu kiriman ringkas mesej suara.

Johan, 52, dikatakan dibawa ke pusat perubatan berkenaan kerana keadaan kesihatannya kurang mengizinkan dan disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 6.30 pagi.

Setakat ini belum dimaklumkan punca kematian Allahyarham.

Jenazah akan dimandikan dan dikafankan di Masjid Kampung Tunku, di sini dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam lokasi yang sama selepas solat Jumaat.

Sumber: Sinar Harian.

Innalillahi wainna Ilahi rajiun. Innalillahi wainna Ilahi rajiun. Allahumma firlahu warhamhu wa'afihi wa'fuanhu.  Takziah diucapkan kepada Nora dan keluarga.

Khamis, 23 Mac 2017

Tan Sri Annuar Musa tarik diri daripada bertanding Presiden FAM



Tan Sri Annuar Musa tarik diri daripada bertanding Presiden FAM

Teka teki tentang siapakah yang bakal menerajui Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akhirnya terjawab.

Akhirrnya Tan Sri Annuar Musa menarik diri daripada bertanding jawatan Presiden FAM, dan ini sekali gus memberikan ruang dan peluang untuk Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) menjadi Presiden FAM tanpa pertandingan.

Alhamdulillah, kini semua peminat bola sepak negara boleh menarik nafas lega. Apa pun seantero rakyat Malaysia, terutamanya peminat bola sepak amat mengharapkan 'sentuhan ajaib' daripada TMJ untuk memartabatkan mutu bola sepak negara.

Sudah sekian lama, kita dahagakan kegemilangan bola sepak negara sebagai mana yang pernah diraih era Allahyarham Mokhtar Dahari suatu ketika dahulu.



Ah Beauty Night Cream antara lapan produk kosmetik yang mengandungi racun


Ah Beauty Night Cream antara lapan produk kosmetik yang  mengandungi racun.

Kementerian Kesihatan sebagaimana disiarkan melalui  Berita Harian semalam mengumumkan lapan produk kosmetik dikesan mengandungi racun berjadual yang tidak dibenarkan. Ia termasuklah Ah Beauty Night Cream.

Produk kosmetik itu mengandungi raksa, hidrokuinon dan tretinoin yang boleh memberi kesan mudarat kepada kesihatan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata produk kosmetik itu Moleek Day Cream; Adel Miracle Flawless Serum; Ah Beauty Night Cream; NDZ UV Whitening; Snow Cream Normal; Snow Cream Sensitif; Dnars Nar Cream-Sensitif dan Ellfie Night Cream.

Beliau mengingatkan para penjual dan pengedar produk kosmetik agar menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta merta. Ini kerana ia melanggar Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Individu yang melakukan kesalahan di bawah peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.

Ulasan Saya.

Produk ini telah pun dijual secara meluas di pasaran termasuklah secara dalam talian. Pengguna sebelum ini bakal menanggung kesan sampingan akibat penggunaannya. Harap selepas ini Kementerian Kesihatan dapat memantau kes sebegini sedari awal lagi.

Apatah lagi terdapat juga kakitangan kementerian kesihatan termasuklah jururawat dan pegawai farmasi yang menjual produk kosmetik ini. Sedikit sebanyak ia berjaya mempengaruhi orang ramai untuk membeli dan menggunanya.

Sabtu, 18 Mac 2017

Malaysia akui terima ugutan dan ancaman daripada Korea Utara.




Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengakui Malaysia menerima ugutan dan ancaman daripada Korea Utara susulan kes pembunuhan melibatkan abang pemimpin negara itu, Kim Jong-Nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada 13 Februari lalu.

Walaupun begitu, sebagaimana mana dilaporkan menerusi akhbar Sinar Harian, beliau  tidak mahu mengulas isu itu dengan lebih panjang lebar memandangkan sembilan orang rakyat Malaysia  masih berada di negara tersebut.

Sedikit Ulasan.

Saya bersetuju dan menyokong penuh ketegasan Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi sesungguhnya Malaysia bukanlah lokasi jenayah antarabangsa yang boleh dilakukan oleh mana-mana pihak.

Dalam hal ini rakyat Malaysia perlu bersatu dan mengenepikan fahaman politik, agama dan bangsa demi kedaulatan negara.

Tapi sungguh mengecewakan kerana terdapat segelintir rakyat Malaysia yang bertindak menyalahkan Kerajaan Malaysia dalam isu ini.  Bagi mereka Malaysia perlu akur dengan tuntutan Korea Utara termasuklah menganggap kematian Kim Jong-Nam disebabkan oleh serangan jantung. Mereka juga Inginkan Malaysia jangan apa-apakan pembunuh Kim Jong-Nam. Lagi teruk terdapat juga yang bermain politik dalam isu ini.

Percayalah orang seperti mereka ini, andainya perompak mencerobohi rumah mereka, tentu sahaja dia benarkan perompak merogol dan membunuh anak gadis dan isterinya asalkan harta dan nyawanya selamat.

Percayalah juga jika kita tunduk dan patuh kepada tuntutan Korea Utara, negara kita akan menjadi lubuk jenayah antarabangsa.

Selasa, 14 Mac 2017

Syarat-syarat beramal dengan Asmaul Husna

ASMAUL HUSNA


Syarat-syarat beramal dengan Asmaul Husna

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Saya tertarik dengan tulisan/posting Ustaz Abdul Rahman Mohamed di laman Facebooknya mengenai Asmaul Husna. Saya mula meminati ustaz ini setelah membaca bukunya yang berjudul Travelog Seorang Da'i sekitar tahun 2009 dahulu.

Saya kongsikan sahaja tulisan/posting beliau dan semoga Allah merahmati dan memberkati Ustaz Abdul Rahman Mohamed.




Antara nama-nama Allah yang sesuai
Dijadikan zikir kepada sesiapa yang
Berhajat kepada dinaikkan pangkat
Atau status kehidupan.


Berikut adalah tulisan/posting beliau.

Mesti beriman dan Ada keyakinan kuat kepada Allah swt, kekuasaanNya dan keupayaanNya untuk menentukan apa sahaja.

Mesti laksanakan dengan penuh keikhlasan dan bersungguh sungguh.

Menghayati setiap nama Allah swt yang kita seru dengan mengetahui maknanya.

Ketahuilah, Allah swt tidak menamakan atau memilih sesuatu nama untuk diri melainkan nama tersebut memang sesuai untuk menggambarkan sifat sifatNya yang Maha Agung, maksudnya setiap nama Allah adalah sifat yang menggambarkan tentang diriNya.

Ketahuilah, kesemua nama Allah yang 99 adalah baik dan sesuai untuk kita,

cuma dalam ruang yang terhad, kita hanya akan ajarkan dengan memilih nama nama Allah swt yang dirasakan lebih sesuai dan lebih penting dengan penghidupan kita.


Sumber: Facebook Ustaz Abdul Rahman Mohamed.

Nota Tambahan.
Kepada rakan-rakan yang beragama islam, marilah kita beramal dengan nama-nama Allah yang Mulia ini. Insha Allah kita semua akan dirahmati Allah.

Khamis, 9 Mac 2017

Minum Air Kelapa Dan Ubat-ubatan




Minum Air Kelapa Dan Ubat-ubatan

Ramai yang bertanya, betul ke minum air kelapa bersama-sama ubat-ubatan akan mengurangkan keberkesanan sesuatu ubat? Soalan ini nampak mudah namun ia sebenarnya bermaksud interaksi antara ubat dengan minuman.Interaksi boleh memberi kesan sama ada meningkatkan kesan ubat dalam tubuh badan atau mengurangkan kesannya.

Air kelapa

Air kelapa terkandung di dalam tempurung kelapa muda. Secara semula jadi air kelapa berasa manis namun mempunyai nilai kalori yang rendah. Kandungan air kelapa adalah 94% air dan mengandungi karbohidrat ringkas yang mudah dicernakan dalam bentuk gula dan elektrolit. Selain daripada itu ia juga mengandungi pelbagai jenis hormon tumbuh-tumbuhan, enzim, asid amino, vitamin c dan boleh menjadi sumber yang baik untuk garam potasium (k+).

Khasiat

Air kelapa selalunya diambil sebagai minuman untuk melegakan kehausan atau kekurangan air dalam tubuh yang disebabkan oleh cirit birit atau selepas senaman. Air kelapa juga juga pernah digunakan dalam situasi kecemasan sebagai pengganti kepada air yang digunakan untuk dehidrasi tubuh.

Terdapat juga beberapa kajian yang menunjukkan air kelapa boleh mengurangkan tekanan darah sistolik dalam kalangan pesakit hipertensi (darah tinggi). Walau bagaimanapun lebih banyak kajian pembuktian diperlukan untuk mengesahkan khasiat air kelapa terhadap manfaat kesihatan tubuh.

Interaksi dengan ubat, herba dan suplemen.

Kajian klinikal peringkat awal menunjukkan minum air kelapa mungkin boleh mengurangkan tekanan darah sistolik dalam kalangan pesakit hipertensi (darah tinggi). Secara teorinya penggunaan bersama-sama air kelapa dengan ubat anti-herpentensi (Ubat mengurangkan tekanan darah) mungkin boleh menyebabkan kesan tambahan terhadap pengurangan tekanan darah seterusnya boleh memberi risiko tekanan darah menjadi rendah.

Begitu juga sekiranya air kelapa diambil dengan herba dan suplemen yang dipercayai mempunyai kesan mengurangkan tekanan darah. Sebagai contoh peptida kasein, cat’s claw, koenzim Q-10, minyak ikan, L-arginine, lycium, stinging nettle, theanine, mengkudu, belimbing buluh dan lain-lain

Interaksi dengan penyakit

Oleh kerana air kelapa mempunyai kandungan garam potasium (k+) yang agak ketara maka ia boleh menerukkan lagi keadaan hiperkalemia seseorang individu. Jika diminum dalam satu jumlah yang banyak mungkin boleh meningkatkan risiko hyperkalemia bagi pesakit yang mempunyai kekurangan fungsi buah pinggang.

Keselamatan

Air kelapa sekiranya diambil secara minuman dengan jumlah yang berpatutan adalah selamat. Tiada kerisauan terhadap faktor keselamatan dalam pengambilan air kelapa. Begitu juga sekiranya air kelapa diambil oleh kanak-kanak. Setakat ini tiada maklumat berkaitan pengambilan air kelapa dalam kalangan wanita mengandung dan menyusukan anak.

Tindakan yang boleh diambil

Air kelapa adalah selamat untuk diminum. Walau bagaimanapun bagi pesakit hipertensi yang sedang menerima ubat-ubatan perlu berhati-hati dalam pengambilan minuman air kelapa ini. Ia berpotensi mempunyai kesan tambahan dalam pengurangan tekanan darah. Begitu juga bagi pesakit yang mempunyai masalah kekurangan fungsi buah pingang.

Perlu sedikit pemantauan jika tekanan darah menjadi rendah (hipotensi). Antara tanda dan gejala tekanan darah rendah adalah pening atau merasa pusing, penglihatan kabur, kekeliruan, kelemahan dan loya (perasaan sakit perut). Jika alami situasi di atas, sahkan dengan mengambil ukuran tekanan darah menggunakan alat pemantauan tekanan darah sendiri di rumah. Tekanan darah dikatakan rendah bila bacaan berada di paras lebih rendah dari 90/60 mmHg.

Rawatan tidak diperlukan sekiranya tidak mempunyai apa-apa tanda dan gejala walaupun tekanan darah adalah rendah. Sekiranya merasa pening atau hampir pitam, ambil tindakan untuk duduk atau baring. Letakkan kaki separas dengan jantung ketika berbaring atau duduk sambil meletak kepala di antara lutut. Jika tanda atau gejala tekanan darah rendah masih berkekalan, segera berjumpa dengan doktor untuk rawatan selanjutnya.

Kesimpulan

Bukan air kelapa sahaja boleh dibincangkan dalam situasi interaksi ubat dengan minuman. Terdapat beberapa lagi contoh interaksi minuman dengan ubat-ubatan seperti interaksi ferus dengan susu, ubat anti-kolesterol (atorvastatin) dengan jus limau gedang (grapefruite) dan ubat warfarin dengan teh hijau. Justeru rujuk dahulu dengan ahli farmasi atau doktor merawat sebelum mengambil sesuatu bersama-sama ubat-ubatan agar interaksi ubat dapat diteliti terlebih dahulu.

Sekiranya orang awam mempunyai sebarang pertanyaan am berkaitan ubat-ubatan, boleh menguhubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan di talian 1800-88-6722. Kami sedia membantu.

Disediakan Oleh:
Mohd Dziehan Mustapa
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM

Isnin, 6 Mac 2017

Tolak berdebat dengan Zakir Naik, bukti Kesesatan Siti Kasim.



Selepas empat hari cabaran berdebat dengan pakar perbandingan agama, Dr. Zakir Naik dilontarkan kepada Siti Kasim, peguam tersebut hari ini menolak untuk bersemuka dengan pendakwah terkenal itu.

Siti Kasim dalam status terbaharu di Facebooknya mahu cabaran yang dianggap bodoh itu ditolak ketepi dan mahu pihak berkenaan berhenti membuang masa beliau.

"Mari kita ketepikan cabaran bodoh perbahasan di antara saya dan Dr. Zakir Naik.

Sumber: Utusan Malaysia.


Sedikit Pandangan Pribadi

Jelas dan terbukti Siti Kasim adalah seorang yang sesat lagi menyesatkan. Dia takut kesesatannya terbongkar lalu dia mengambil jalan selamat dengan menghindari perdebatan, dialog dan apa jua pertemuan dengan Dr. Zakir Naik.

Setakat ini hanya orang-orang asli di Gua Musang dan pimpinan serta ahli Parti Amanah Negara(PAN) sahaja yang berjaya diperdaya oleh Siti Kasim.

Jutaan tahniah kepada Pegawai Khas Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahaya atas usaha mempertemukan Dr. Zakir Naik dengan Siti Kasim. Sekarang jelas terbukti kebatilan Siti Kasim.

Rabu, 1 Mac 2017

Seniman legenda, Jins Shamsuddin meninggal dunia




Seniman legenda, Tan Sri Jins Shamsuddin, 81, meninggal dunia di sebuah klinik di Taman Melawati, di sini, dipercayai akibat sesak nafas selepas tercekik kuih di kediamannya, petang tadi.

Anak kedua Jins, Putera Hang Jebat, mengesahkan bapanya meninggal dunia setibanya di klinik, kira-kira jam 5.45 petang.

"Ayah minum petang dan ketika hendak makan cekodok, ayah tercekik. Melihat keadaan ayah, Mak segera membawa ayah ke klinik berdekatan.

"Bagaimanapun, ayah disahkan meninggal dunia setibanya di klinik,," katanya kepada BH Online.

Hang Jebat berkata, dia dan adiknya, Hang Nadim masih terkejut dengan apa yang berlaku ke atas Allahyarham.

INFO: Tan Sri Jins Shamsuddin

Dilahirkan di Taiping, Perak pada 5 November 1935Berlakon lebih 40 filem antaranya Sarjan Hassan, Gerak Kilat, Si Tanggang, Bukan Salah Ibu Mengandung dan Sumpah Wanita.Filem arahannya, Menanti Hari Esok, Bukit Kepong, Ali Setan, Esok Masih Ada dan Balada.Melanjutkan pengajian dalam bidang perfileman di London Film School dari 1970 hingga 1972 dan dianugerahkan Diploma dalam Teknologi Filem (Motion Picture Technology) dengan Kepujian Kelas Pertama.Dilantik sebagai Ahli Dewan Negara selama dua penggal bermula 13 Oktober 2004 hingga 11 Februari 2011Perkahwinannya yang pertama bersama seniwati Allahyarham Rahmah Rahmat di Singapura pada 6 Februari 1961 dikurniakan dengan seorang putera bernama Jefri yang kini menetap di Singapura. namun mereka bercerai pada 1963.Sedekad selepas itu, Jins berkahwin kali kedua dengan Puan Sri Halijah Abdullah, beliau dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putera Hang Jebat dan Putera Hang NadimPada 2011, Jins disahkan menghidap penyakit Alzheimer yang menyebabkan beliau hilang ingatan dan tidak boleh bercakap.

Anugerah dan pencapaian

Anugerah Seniman Negara pada tahun 2009.

Anugerah Seniman Veteran bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) edisi ke-18 pada tahun 2004 di Arena of Stars, Genting Highlands.

Pesta Filem Asia ke-26 di Bali, Indonesia (1980): filem "Esok Masih Ada" lakonan dan arahannya telah memenangi Anugerah Mitra bagi Tema Terbaik yang menganjurkan perpaduan kaum

Tujuh anugerah dalam Pesta Filem Malaysia Ketiga untuk filem peperangan, "Bukit Kepong" (1981), sebuah filem tulisan, lakonan dan arahannya;"Silver Crane Award" dalam Pesta Filem Asia Pasifik (1987)

;Jemaah juri sebanyak lima kali bagi siri "Pesta Filem Asia Pasifik";

Penghormatan dan kepercayaan untuk mengarah teater bernilai RM2 juta untuk filem yang berjudul "Merdeka! Merdeka! Merdeka!" di Istana Budaya, bersempena sambutan kemerdekaan 2002.

Pementasan teater tersebut berlangsung selama lima jam selama lebih dari dua minggu;

Pingat Darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang membawa gelaran 'Datuk' oleh Paduka Seri Sultan Perak (1990)

;Kesatria Mangku Negara (KMN) daripada Yang di-Pertuan Agong (1990)

Ijazah Kehormat Sarjana Persuratan oleh Universiti Sains Malaysia (1999).Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) membawa gelaran Tan Sri (2007).

Filem arahan Jins Shamsuddin

Pada 1969, filem pertama arahannya "Bukan Salah Ibu Mengandong" telah menjulang namanya sebagai penulis lakonlayar, pelakon dan pengarah, malah telah mengangkat kewibawaan Studio Merdeka.


1970: Di Belakang Tabir
1977: Menanti Hari Esok
1979: Esok Masih Ada
1979: Tiada Esok Bagimu
1981: Bukit Kepong
1982: Esok Untuk Siapa (Pendigitalan semula)
1985: Ali Setan
1993: Balada.

Sumber : Berita Harian.